4 GOLONGAN DI HARI KIAMAT

4 GOLONGAN DI HARI KIAMAT




Pada hari kiamat kelak,ada 4 golongan yang mengemukakan pelbagai alasan
mengapa mereka tak sempat beribadah kepada Allah ketika di dunia.Ahli sufi
Al-Faqih Abu Laits memberitahu keempat-empat golongan itu adalah golongan
kaya,melarat,hamba abdi dan orang sakit.



Golongan kaya..
Alasannya: "Aku adalah orang kaya.Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku
hingga tak sempat mengabdikan diri kepadaMu," Firman Allah:"Sesungguhnya
Nabi Sulaiman adalah raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka
kepada Tuhannya.Jadi,alasan kamu tidak diterima."

Golongan melarat.
Alasan: Kemiskinan menghalang untuk beribadah kepada Allah. Firman
Allah:"Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa?Kemelaratannya tidak
menghalangnya daripada beribadat kepadaKu."

Golongan hamba Abdi.
Alasan: Terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikan.
"Tuhanku,saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan
hingga menghalang saya untuk mengabdikan diri kepada Tuhanku." Tetapi
Allah membandingkan Nabi Yusuf yang tidak lupa mengabdikan diri kepada
Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Golongan Orang Sakit..
Alasan: Tidak terdaya dan mendakwa pemyakitnya menghalang daripada
mengabdikan diri kepada Tuhan. Firman Allah:"Benarkah sakit kamu itu lebih
berat daripada sakit yang dideritai oleh Nabi Ayub.Walaupun sakit teruk
Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya."
Maka diakhirat kelak,tidak ada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan
mengapa tidak beribadah dan mengabdikan diri kepada Tuhan ketika di
dunia..
Renungkanlah sahabat2..Moga mendapat keredhaan dariNya...

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 blogsurau.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.